

Tahun baru 2009 sudahpun kita jejaki. Kian hari usia dan pemikiran kita sekin bertambah matang. Saya percaya ramai rakan kita diluar sana tahu apa itu linux, paling tidakpun pernah mendengar samada sengaja atau terpandang perkataan ini L.I.N.U.X mungkin pada kali pertama ia adalah istilah baru dalam bidang IT bagi sesetengah kita atau bagi yang pernah dan sudah mendengar, melihat dan saya kira cuba untuk mendekati linux agak ramai. Persepsi linux hanya untuk kelas celik program komputer sahaja selalu saya dapat bila bertanya rakan -rakan sewaktu setahun dulu. Kini kemajuan dan mudahnya capaian interne
t telah menjadikan golongan pertengahan seperti saya menukar satu persepsi tersebut menjadi keinginan untuk mencuba. kian lama logo Wind##s semakin kabur. Banyak persekitaran 2008 yang telah kita lalui mendesak kita untuk menilai secara jelas adakah masih lagi rasional persepsi 2008 sesuai untuk melangkan ke tahun 2009. Begitu juga dengan perkembangan LINUX yang makin mesra operator dan pengaruh teknologi gadjet komunikasi, menjadikan kita terlibat dan meniali balik perlikah kita mencuba sesuatu operasi LINUX yang menjaminkan lebih ketengan minda dan bebas dalam ertikata menggunakan perisian sebagai satu pelengkap kemajuan bidang it kini. Ubuntu yang saya kenali setahun dulu secara perbualan dengan seorang rakan akrab semasa melawat PC Fair di Kuala Lumpur, memberikan saya jawapan apa itu kebebasan yan
g ditawarkan oleh oleh LINUX dan yang nyata saya dapat memahami maksud ikhlas yang dikatakan oleh rakan-rakan yang telah menggunakannya.Ubuntu sebagai OS yang kian popular pilihan saya hari ini telah melangkah dewasa dan saya percaya rakan-rakan diluar sana berpeluang merasan apakah itu erti kebebasan bila Wind##s disimpan sekejap untuk merasakan 2009 dengan menatap laptop atau pc paparan UBUNTU di dalamnya.
No comments:
Post a Comment