! ! ! ! Projek myMasjid :Forum myMasjid :Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal: "Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: Rasululah saw telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat"
Thursday, December 18, 2008
Tuesday, December 16, 2008
Mari melawat Muzium.





Muzium Terengganu destinasi berikutnya. Batu bersurat, kelengkapan adat istiadat diRaja adalah bahagian menarik di dalam muzium negeri ini. Saya cukup tertarik dengan senibina luar muzium yang bercorak kayu dan padanan dengan elemen air. Tenang dan sejuk pemandangan bila melihat puluhan ikan bermain di muka air.
Lanskap dipenuhi dengan alam taman yang menghijau. Tasik dan muara Sungai Duyung menjadikan suasana nyaman serta kehijauan. Saya percaya konsep nilai sejarah dan alam begitu kuat diketengahkan di sekitar muzium ini.
Terengganu......Cuti-cuti minda
Saturday, December 13, 2008
Desktop 'Ubuntu' memang menarik.

Dah cuba open source Os..... nih screenshot my deskstop. menarik tak.. kalau berminat sila download kat 'www.ubuntu.com'.

Screen nih dihiasi dengan Dock AVN.Kelebihan bagi grafik adalah memukau mata. Pada saya dengan ketenangan minda dari masalah virus serta puluhan sypware...dll. adalah faktor utama memilih 'ubuntu' .
Majlis Makan Malam Kampus kesihatan Husm 2008

Jam 7.15 malam 13 Dis 2008 dah bertolak ke Hotel Renaissance untuk majlis ini.Dapat tiket sponsor, bertemakan denim dan kulit cukup santai, dengan dua meja tempahan untuk Radiologi.


Seperti biasa majlis ini diserikan oleh kumpulan juru xray, nurse, atendan serta pengurusan jabatan. Dapat anak 'tupai' kelabu cantik dan comel. Cabutan hadiah no. bertuah tersalah tok bomoh, he he tak. de rezeki kira dapat makan je. Artis Awie cukup bertenaga dengan persembahan malam ini.
Monday, December 8, 2008
Majlis BBQ Keluarga Radiologi Tawang.



Ayam bakar istimewa, kerang bakar [goreng berempah], bihun, keropok, air kelapa segar serta nasi himpit. Itulah menu istimewa malam nih.Kira gempak juga kerana hampir semua hadir. Suasana mendung menjadi keriangan menjelang malam.
Makan malam sambil berhibur sesama
rakan, terima kasih untuk En. Azahadi
atas kesudian menjadi tuan rumah pada malam itu.
Wednesday, December 3, 2008
tak de kerja nak buat
Hari nih mesin ICL masih rosak sebab naik air, kira dah masuk 3 hari dah .... apa nak buat masalah banjir dari air "aircond".
Subscribe to:
Posts (Atom)




